Ditubuhkan pada tahun 2005, Az-Zain telah berkembang pesat menjadi salah satu daripada pembekal utama ayam sejuk beku yang sihat, bersih dan berkhasiat di Malaysia. Pelbagai produk ditawarkan serta diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Dengan penyelidikan berterusan, digabungkan dengan pengalaman lebih sedekad dan pengetahuan yang tidak dapat ditandingi, ia adalah keghairahan dan misi kami untuk berinovasi, mengotomatisasi serta membekal makanan berkualiti tinggi yang patuh syariah kepada pengguna.
| DR. MUMTAZ ABD RAZAK
Managing Director (MD)
Jenama Az-Zain adalah hasil seorang usahawanita, Dr. Mumtaz Abd Razak yang juga merupakan seorang doktor perubatan. Beliau sebagai seorang pakar perubatan, berkomited dalam mempromosikan makanan yang sihat, bersih dan berkhasiat. Begitu juga, dalam setiap proses penghasilan ayam sejuk beku di Mumtaz Meat N Frozen Foods Sdn Bhd, beliau memastikan kebersihan makanan serta pengekalan khasiat untuk pengguna.
Dengan kegigihan Dr. Mumtaz, Az-Zain dapat sentiasa meningkatkan mutu kualitinya serta menjadi pilihan utama ramai pelangan kami.
Proses kami menggunakan kaedah ‘Air Frozen’ mengelakkan penyerapan air kedalam ayam serta mengekalkan kelazatan ayam. Ayam kami disejuk beku terus selepas penyembelihan dan pembersihan untuk mengekalkan kesegarannya.
Kebersihan produk dan tempat pemproses adalah keutamaan kami. Ayam kami dibersihkan sepenuhnya sebelum pembungkusan dan boleh terus dimasak selepas dinyahbekukan.
Syarikat kami dianugerah sijil Halal oleh JAKIM sejak penubuhan sehingga kini. Pensijilan Halal ini dapat memastikan kesemua proses kami diselia dan sentiasa mengikuti prosedur-prosedur penyembelihan halal yang diiktiraf.
Az-Zain adalah jenama dimiliki oleh syarikat yang berdaftar, Mumtaz Meat N Frozen Foods Sdn Bhd.
Syarikat Mumtaz Meat N Frozen Foods Sdn Bhd adalah pemegang lesen Halal daripada JAKIM. Segala proses yang digunakan adalah diselia dan diiktiraf oleh badan penyelia JAKIM.
Ya! Az-Zain dimiliki Mumtaz Meat N Frozen Foods Sdn Bhd adalah syarikat yang diusahakan oleh 100% Bumiputera.
Syarikat kami sentiasa menyelia dan memilih pembekal ayam kami dan setiap ladang yang membekal ayam Az-Zain adalah diiktiraf Halal serta menjamin kualiti ayam secara berterusan.
Kami memproses ayam secara sejuk beku menggunakan teknologi moden yang mampu mengekalkan kelazatan, kesegaran dan kesihatan ayam selepas diproses untuk kegunaan atau penyimpanan sehingga setahun.
Kami memastikan ayam Az-Zain melalui empat process pembersihan untuk memastikan produk kami bersih dan sedia untuk dimasak terus.
Az-Zain Mart BUKAN dimiliki oleh syarikat Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd. Kes saman sedang berlangsung terhadap pihak Az-Zain Mart yang mengelirukan pengguna dengan menggunakan jenama serupa dengan Az-Zain.
Untuk mengenali ejen-ejen atau stokis rasmi Az-Zain, sila merujuk laman ‘Hubungi Kami’.
Ayam Az-Zain kini boleh didapati di lebih 100 ejen dan stokis kami di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari laman ‘Hubungi Kami’.
© Copyrights 2020. All rights reserved by Mumtaz Meat N Frozen Foods Sdn Bhd.